Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) Dan Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) Ambilan Khas Jun 2012 boleh dinuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 23 April (Isnin) mulai jam 10 pagi.
Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Ambilan Khas Jun 2012 Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
KETERANGAN PROGRAM
Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah: Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
Mod Kursus: Sepenuh Masa
Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah: Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
Mod Kursus: Sepenuh Masa
STRUKTUR PROGRAM
- Program Persediaan (Lapan Belas(18) Bulan/Tiga(3) Semester)
- Program Ijazah (Empat (4) Tahun/Lapan(8) Semester)
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.
SYARAT TAMBAHAN
- Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
- Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML).
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
- Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
- Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas(18) bulan/tiga(3) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat(4) tahun/lapan(8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut: Bahasa Melayu Komunikasi; Sejarah; dan Pendidikan Moral.
Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Ambilan Khas Jun 2012 Bagi Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Mod Kursus : Sepenuh Masa
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Mod Kursus : Sepenuh Masa
STRUKTUR PROGRAM
- Program Persediaan (Lapan Belas(18) Bulan/Tiga(3) Semester)
- Program Ijazah (Empat (4) Tahun/Lapan(8) Semester)
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.
SYARAT TAMBAHAN
- Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
- Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian (JAYYID) dI peringkat SMA atau SMU.
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
- Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
- Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
- Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas(18) bulan/tiga(3) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat(4) tahun/lapan(8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah; Sejarah; dan Pendidikan Syariah Islamiah.
CARA MEMOHON
- Permohonan untuk kedua-dua program adalah seperti berikut:
- Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 23 April 2012.
- Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) mulai 23 April 2012. Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
- Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/ bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
- Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
- Permohonan boleh dibuat di laman sesawang:http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 02 MEI 2012 (RABU/11:59 MALAM)
MAKLUMAN DAN PERHATIAN
- Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad
- Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG)
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan
- Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri
- Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG
PENDAFTARAN
- Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan):
- Tarikh pendaftaran bagi Program PISMP Lulusan Unified Examination (UEC) dan Lulusan Sijil Menengah Agama atau Sijil Menengah Ugama (SMU) Ambilan Khas Jun 2012 ialah pada: 18 Jun 2012
- Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
Sekian, semoga berjaya!
No comments:
Post a Comment