Banyak pertanyaan dikemukakan oleh pembaca dalam entri Permohonan Maktab Perguruan KPLSPM 2012, sama ada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) boleh ditangguhkan ataupun tidak jika menerima tawaran sambung belajar, sama ada ke tingkatan enam, matrikulasi atau kemasukan maktab perguruan. Pada masa itu jawapan yang dapat saya berikan, sila rujuk kepada pihak berkenaan kerana saya kurang jelas tentan perkara tersebut.
Malam ini kebetulan baca berita online yang berkaitan dengan pertanyaan yang diajukan. Berikut adalah antara petikan berita berkenaan:
Bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan meneruskan pengajian di tingkatan enam atau program matrikulasi bermula Mei ini boleh memohon penangguhan bagi mengikuti PLKN Kumpulan 2 Siri 9/2012.Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil hari ini berkata bakal pelatih berkenaan bagaimanapun perlu mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di kaunter khidmat pelanggan JLKN atau dimuat turun dari laman web rasmi JKLN. (sumber)
Ada beberapa perkara yang hendak saya serlahkan di sini:
- Penangguhan latihan PLKN boleh dibuat jika bakal pelatih menyambung pelajaran ke tingkatan enam dan matrikulasi.
- Permohonan penangguhan mesti dibuat secara rasmi melalui dua cara yang dinyatakan dalam petikan berita di atas.
- Surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam atau program matrikulasi perlu dikepilkan bersama borang permohonan sebelum dihantar ke Cawangan Pengecualian dan Penangguhan, Bahagian Pengurusan Pelatih, JLKN.
- Bagi mereka yang akan menyambung pengajian selepas tamat tempoh penangguhan tersebut, mereka perlulah mengisi Borang Permohonan Pembaharuan Penangguhan melalui proses yang sama.
Diharapkan maklumat ini dapat menjelaskan pertanyaan yang dikemukakan. Bagi bakal pelatih yang belum membuat semakan senarai pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 9/2012, jangan bertangguh lagi, segeralah buat semakan di: www.khidmatnegara.gov.my
No comments:
Post a Comment