Perdana Menteri Malaysia pada hari ini (Isnin, 30 April 2012) telah mengumumkan Dasar Gaji Minima bagi pihak Swasta dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya. Pengumuman ini adalah selaras dengan janji kerajaan untuk mengkaji semula mekanisme pelaksanaan gaji minimum bagi sektor swasta yang bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Berikut adalah antara intipati pengumuman Dasar Gaji Minima Swasta:
- Kadar gaji minimum Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM900 sebulanatau RM4.33 sejam.
- Di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.
Selain daripada itu, untuk majikan juga:
- Tarikh Mula Kuatkuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan dari tarikh perintah gaji minimum dikeluarkan.
- Majikan kecil atau “micro enterprise” diberi tempoh sehingga 12 bulan daripada tarikh kerjaan mewartakan perintah gaji minimum agar perniagaan mereka tidak terjejas.
- Pengecualian 12 bulan ini tidak meliputi firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juruperunding dan firma profesional yang lain.
- Pemberian tempoh 6-12 bulan adalah untuk membolehkan majikan membuat persediaan secukupnya bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi masing-masing.
- Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.
(Jika ada sebarang perubahan maklumat akan dikemaskini kemudian)
Semoga dengan pelaksanaan dasar gaji minima yang baru ini, lebih ramai warganegara Malaysia berminat untuk menceburi bidang kerja swasta dan dapat mengurangkan aliran wang ke luar negara sekiranya mengupah buruh asing.
No comments:
Post a Comment