- Hadiah anak masuk Universiti : Hadiah masuk universiti RM1,000 ringankan beban pelajar |
Posted by Admin on 25 May 2012 (100 reads) |
SHAH ALAM - Gembira serta terharu. Demikian reaksi Azhani Abd Ghafar, 18, apabila menerima hadiah masuk Institut Pengajian Tinggi (IPT) berjumlah RM1,000 daripada Kerajaan
Negeri Selangor. Menurut Azhani yang bakal melanjutkan pelajaran di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan berkata, wang tersebut banyak membantu meringankan beban ibu dan abangnya. “Bagi saya ia banyak membantu sebab saya ambil jurusan Art and Design, memang banyak menggunakan wang,” ujar Azhani kepada TVS dalam Majlis Penerangan Geran Selangorku dan Jamuan Bersama Rakyat baru-baru ini. Menurut Azhani, pada masa ini beliau menetap dengan ibunya yang merupakan seorang suri rumah dan abang selepas kematian bapanya. Manakala bagi Ivan Chong, 18, yang melanjutkan pelajaran di Segi College, di Subang Jaya pula berkata, bantuan RM1,000 yang diterima akan digunakan untuk membeli buku-buku pengajian beliau. “RM1,000 yang saya dapat ini memang banyak membantu. Saya dapat beli buku-buku pelajaran, sebab harga buku sekarang memang mahal,” kata beliau ketika ditemui. Selain itu, sumbangan kerajaan negeri turut menjadi pendorong kepada beliau untuk belajar lebih bersungguh-sungguh lagi. Sementara itu bagi Mohammad Ariffin yang melanjutkan pelajaran ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa (UIA), hadiah RM1,000 daripada kerajaan negeri dapat meringankan beban beliau untuk menjelaskan yuran pengajian dan membeli buku-buku rujukan. Terdahulu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyerahkan cek-cek hadiah tersebut kepada 14 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi Selain itu, difahamkan kirakira lebih 30 orang pelajar di sekitar Taman Putra Perdana turut menerima sumbangan yang sama daripada kerajaan negeri. Hadiah tersebut adalah peruntukan daripada skim Hadiah Anak Masuk Universiti dan merupakan salah satu daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dijalankan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR). Oleh Nazli Ibrahim (selangorkini 25Mei - 1 Jun 2012) http://mes.selangor.gov.my/modules/news/article.php?storyid=157 |
Tuesday, 29 May 2012
HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment